Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Pakaian Dan Perhiasan > Bab Haram Melukis Gambar Gambar Binatang Dan Haram Menggunakan Permaidani Dan Sebagainya Yang Jarang Dipakai Kemudian Didapati Ada Gambar Gambar Kerana Sesungguhnya Malaikat Tidak Akan Masuk Ke Dalam Rumah Yang Mengandungi Gambar Gambar Atau Ada Anjing
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Kami mempunyai kain langsir yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain langsir yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Gantilah kain langsir ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia. Aisyah berkata: Kami mempunyai benang yang boleh kami katakan sutera, maka kami memakainya.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat, ialah para juru gambar.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap tukang gambar akan di masukkan ke dalam Neraka. Allah akan menjadikan baginya dengan setiap gambar yang dibuatnya nafas yang menyeksanya di Neraka Jahanam.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Siapa lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang cuba membuat ciptaan sama seperti makhluk-Ku? Maka lebih baik mereka cuba menciptakan zarah, menciptakan biji-bijian, atau mencipta biji gandum.info
webmaster@mymasjid.net.my