Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Pakaian Dan Perhiasan > Bab Haram Memakai Cincin Emas Bagi Lelaki Dan Menghapuskan Pengharusannya Pada Zaman Permulaan Islam
    Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda melarang memakai cincin emas.info
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w menyuruh supaya membuat cincin daripada emas, baginda meletakkan permata cincinnya pada bahagian dalam telapak tangan, apabila baginda memakainya, orang ramai pun membuatnya sedemikian. Kemudian suatu ketika, baginda duduk di atas mimbar, lalu mencabut cincinnya seraya bersabda: Aku pernah memakai cincin ini dan meletakkan permatanya di bahagian dalam telapak tangan lalu baginda membuang cincin itu dan bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi buat selama-lamanya! Orang ramai pun turut membuang cincin-cincin mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my