Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Qatadah r.a katanya: Kami bertanya kepada Anas bin Malik: Pakaian apakah yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab: Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihias.
