Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Bab Dibolehkan Memakan Kuah Dari Daging Dan Dianjurkan Memakan Labu Serta Dibolehkan Juga Kepada Orang Yang Menghadap Hidangan Mempersilakan Sebahagian Yang Lain, Biarpun Mereka Sama Sama Menjadi Tetamu, Sekiranya Pemilik Makanan Mengizinkannya
    Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang.info
webmaster@mymasjid.net.my