Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Bab Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Tetamu Yang Tidak Diundang Oleh Tuan Rumah Dan Disunatkan Kepada Tuan Rumah Memberi Izin Untuk Bersamanya
    Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya: Ada seorang lelaki Ansar bernama Abu Syu'aib. Dia mempunyai seorang pembantu yang menjual daging. Pada suatu hari, dia melihat Rasulullah s.a.w dalam keadaan lapar. Maka dia berkata kepada pembantunya: Sediakanlah makanan untuk lima orang. Kerana aku ingin mengundang Nabi s.a.w sebagai orang kelima daripada lima orang tetamu. Pembantu tersebut melaksanakan perintahnya itu. Kemudian dia pergi menjemput Rasulullah s.a.w sebagai salah seorang dari lima orang tetamu. Tetapi ada seorang lagi yang mengikuti mereka. Ketika sampai di hadapan pintu, Rasulullah s.a.w bersabda: Orang ini mengikuti kami, jadi terserahlah kepadamu samada engkau mengizinkannya ataupun dia harus pulang. Dia (Abu Syuaib) menjawab: Tidak! Bahkan aku mengizinkannya wahai Rasulullah.info
webmaster@mymasjid.net.my