Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Bab Disunatkan Mengelilingkan Air Atau Susu Atau Sebagainya Ke Sebelah Kanan Orang Yang Mula Mula Meminumnya
    Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w telah diberikan susu yang dicampurkan dengan air. Di sebelah kanan Baginda ialah seorang A'rabi (Arab desa), manakala di sebelah kiri Baginda ialah Sayidina Abu Bakar. Baginda lalu meminumnya dan kemudian memberikannya kepada A'rabi tersebut sambil bersabda: Ke sebelah kanan dan seterusnya ke kanannya lagi.info
    Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a: Rasulullah s.a.w diberikan minuman. Baginda lalu meminumya. Ketika itu di sebelah kanannya ada terdapat seorang anak muda, sedangkan di sebelah kiri Baginda pula terdapat orang-orang tua. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada anak muda itu: Apakah engkau mengizinkan aku memberikan giliran minum ini kepada mereka (orang-orang tua yang berada di sebelah kiri Baginda)? Anak muda itu menjawab: Tidak demi Allah! Aku tidak akan menyerahkan bahagianku terlebih dahulu daripadamu kepada sesiapapun. Maka Rasulullah s.a.w pun menyerahkan minuman itu ke tangan anak muda tersebut.info
webmaster@mymasjid.net.my