Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Bab Meminum Nabiz Iaitu Tuak Dan Menutupi Bekasnya
    Hadis Abu Humaid As-Saidiy r.a katanya: Aku datang kepada Nabi s.a.w dengan membawa segelas susu yang dibuat dari Naqie' iaitu tanah yang tidak tertutup. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Mengapa engkau tidak menutupinya, walaupun hanya dengan sebatang kayu. Abu Humaid berkata: Orang ramai pernah disuruh oleh Rasulullah s.a.w supaya mengikat bekas air yang diperbuat daripada kulit dan menutup pintu pada waktu malam.info
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, Baginda meminta minuman. Lalu seorang lelaki bertanya, wahai Rasulullah, bolehkah aku hidangkan minuman nabiz (tuak) kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya, boleh. Lelaki itu pun lalu keluar untuk mencarinya. Kemudian dia datang lagi dengan membawa satu gelas yang berisi nabiz (tuak). Rasulullah s.a.w bersabda: Mengapa engkau tidak menutupinya, walaupun hanya dengan meletakkan sebatang kayu. Dia (perawi) berkata lagi: Lalu baginda meminumnya.info
webmaster@mymasjid.net.my