Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Minuman > Bab Diharuskan Meminum Nabiz (tuak) Yang Belum Menjadi Keras Dan Belum Berubah Menjadi Arak
    Hadis Sahl bin Saad r.a: Abu Usaid As-Saaidi telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Pada hari itu isterinya sendiri, iaitu pengantin perempuan melayani para tamu. Selepas itu Sahl berkata: Tahukah kamu apa yang telah diberikan oleh isteriku kepada Rasulullah s.a.w sebagai minuman? Dia (isteriku) telah merendam beberapa biji kurma pada malamnya dalam mangkuk. Ketika Rasulullah s.a.w makan dia memberikan kurma yang direndam itu sebagai minuman baginda s.a.w.info
    Hadis Sahl bin Saad r.a: Ketika diceritakan kepada Rasulullah s.a.w mengenai seorang wanita Arab, Baginda lalu memerintahkan Abu Usaid supaya memanggilkannya. Lalu wanita itupun dipanggil dan wanita itu pun datang lalu tinggal di gedung Bani Saaidah. Rasulullah s.a.w pun keluar dan masuk menemuinya. Ketika itu wanita tersebut menundukkan kepalanya. Apabila Rasulullah s.a.w berbicara dengannya dia berkata: Aku berlindung dengan nama Allah daripada engkau. Rasulullah s.a.w bersabda: Baiklah, sesungguhnya aku akan melindungimu dariku. Sesudah itu ada orang bertanya kepadanya, tahukah kamu siapakah dia? Wanita itu menjawab: Tidak. Maka dinyatakan kepadanya bahawa itu adalah Rasulullah s.a.w. Baginda datang untuk melamarmu. Wanita itu berkata: Kalau begitu aku benar-benar sial. Sahl berkata: Pada hari itu Rasulullah s.a.w datang dan bersama para sahabat, kemudian duduk di balai Bani Saaidah. Kemudian Baginda bersabda: Berilah kami minuman, ditujukan kepada Sahl lalu aku mengeluarkan mangkuk ini untuk mereka dan memberi mereka minum dengan menggunakan mangkuk tersebut.info
    Hadis Anas r.a katanya: Sesungguhnya Aku pernah memberi minum kepada Rasulullah s.a.w dengan menggunakan mangkukku ini, yang terdiri dari madu, nabiz (tuak), air dan susu.info
webmaster@mymasjid.net.my