Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Korban > Bab Menerangkan Tegahan Memakan Daging Korban Selepas Tiga Hari Pada Zaman Permulaan Islam Serta Menerangkan Pembatalan Tegahan Tersebut Dan Diharuskan Memakannya Pada Bila Bila Masa Sahaja Yang Dikehendaki
    Hadis Ali bin Abu Talib r.a: Diriwayatkan daripada Abu Ubaid r.a katanya: Aku pernah mengikuti sembahyang Hari Raya bersama Ali bin Abu Talib. Beliau mendahulukan sembahyang sebelum khutbah dan beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menegah kami memakan daging korban kami selepas daripada tiga hari.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Seseorang dari kamu tidak boleh memakan daging korbannya selepas dari tiga hari.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Waqid r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang dari memakan daging korban selepas dari tiga hari. Abdullah bin Abu Bakar berkata: Aku memberitahu perkara tersebut kepada Amrah lalu dia berkata: Dia benar, aku pernah mendengar Aisyah r.a berkata: Beberapa orang wanita dari penduduk gurun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat penyembelihan korban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Simpanlah tiga hari. Setelah itu sedekahkanlah apa yang masih berbaki. Beberapa ketika selepas itu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Orang ramai menyimpan daging korban dan membawa sebahagian dari lemaknya. Rasulullah s.a.w bertanya: Kenapa begitu? Mereka menjawab: Dulu engkau melarang dari memakan daging korban selepas tiga hari. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Aku melarang kamu hanyalah kerana mengingat orang-orang yang berjalan perlahan-lahan (untuk menolong orang-orang yang tidak mampu). Sekarang kamu bolehlah makan, menyimpan dan menyedekahkannya.info
    Hadis Jabir r.a: Nabi s.a.w melarang daripada memakan daging korban selepas dari tiga hari. Kemudian selepas itu baginda bersabda pula: Makanlah kamu, berbekallah dan simpanlah.info
    Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu yang melakukan korban (sembelih) maka janganlah menyimpan sedikitpun di rumahnya selepas dari tiga hari. Pada tahun berikutnya, para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah kami harus melakukannya seperti pada tahun lepas? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak, pada tahun itu ramai dari kalangan kaum Muslimin hidup dalam keadaan susah. Jadi aku mahu daging korban itu dibahagikan kepada mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my