Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Korban > Bab Harus Menyembelih Dengan Apa Saja Yang Boleh Menumpahkan Darah Kecuali Gigi, Kuku Dan Tulang Tulang
    Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Rasulullah s.a.w bersabda: Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan darah dengan menyebut nama Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut bukan gigi dan kuku. Aku akan nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah iaitu Ethiopia. Rafi' berkata: Kemudian kami mendapatkan rampasan perang berupa unta dan kambing. Ada seekor unta cuba melarikan diri. Seseorang melepaskan panah ke arahnya dan lalu ia ditangkap. Rasulullah s.a.w bersabda: Memang unta itu ada yang liar seperti binatang liar lain. Apabila kamu mengalami keadaan demikian bertindaklah seperti tadi.info
webmaster@mymasjid.net.my