Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Korban > Bab Waktu Korban
    Hadis Jundab bin Sufian r.a katanya: Aku pernah menyaksikan sembelihan korban sewaktu bersama Rasulullah s.a.w sebelum mendirikan sembahyang dan apabila selesai sembahyang dengan memberi salam, baginda mendapati daging korban telah disembelih sebelum selesai mendirikan sembahyang. Baginda bersabda: Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum dia mendirikan sembahyang atau kami sembahyang, dia hendaklah menyembelih yang lain sebagai gantinya. Manakala sesiapa yang belum melakukan sembelihan, dia hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah.info
webmaster@mymasjid.net.my