Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Binatang Buruan, Sembelihan Dan Binatang Yang Halal Dimakan > Bab Haram Memakan Daging Keldai Yang Dipelihara Untuk Kerja Dan Sebagainya
    Hadis Abu Tha'labah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengharamkan daging keldai peliharaan.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w melarang dari memakan daging keldai peliharaan.info
    Hadis Abdullah bin Abu Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Asy-Syaibani katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa r.a mengenai daging keldai peliharaan. Beliau menjawab: Pada hari Khaibar kami telah dilanda kelaparan dan waktu itu kami bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Kami mendapatkan beberapa ekor keldai dari luar Madinah lalu menyembelihnya. Ketika periuk-periuk kami yang berisikan binatang tersebut sudah hampir masak, tiba-tiba juru seru Rasulullah s.a.w menyeru agar kami mematikan api periuk-periuk tersebut dan jangan memakan daging keldai itu sedikit pun. Aku bertanya: Bagaimanakah pengharamannya? Katanya: Kami telah berbincang sesama kami dan kami katakan pengharaman tersebut adalah pasti dan sebab pengharamannya adalah ia tidak boleh dibahagi lima.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku tidak tahu samada Rasulullah s.a.w melarangnya kerana binatang tersebut merupakan binatang pengangkut barang bagi manusia dan mereka tidak suka jika binatang seperti itu hilang atau mungkin juga diriwayatkan baginda mengharamkan daging keldai pada hari Khaibar hanya bagi keldai peliharaan.info
    Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Aku turut bersama-sama Rasulullah s.a.w ke Khaibar. Kemudian Allah memperkenankan penaklukan tersebut bagi kaum Muslimin. Pada petang hari penaklukan tersebut, orang-orang Muslimin menyalakan api yang besar. Rasulullah s.a.w bertanya: Api apakah itu dan untuk apa mereka menyalakannya? Mereka menjawab: Untuk memasak daging. Rasulullah s.a.w bertanya: Daging apa? Mereka menjawab: Daging keldai peliharaan. Rasulullah s.a.w bersabda: Buanglah masakan itu dan pecahkan periuknya. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Kami akan membuang dan membersihkannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Begitu juga boleh.info
    Hadis Anas r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w telah berjaya menakluki Khaibar kami mendapatkan beberapa ekor keldai di luar kampung lalu kami memasaknya. Juru seru Rasulullah s.a.w menyeru: Tidakkah Allah dan Rasul-Nya telah melarang kamu dari memakan binatang tersebut? Ianya adalah kotor dan termasuk dari perbuatan syaitan, lalu periuk-periuk berisi masakan yang telah mendidih tersebut pun diterbalikkan.info
webmaster@mymasjid.net.my