Indeks Kitab
    Hadis Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menghantar kami dengan diketuai oleh Abu Ubaidah untuk menemui kafilah atau rombongan kaum Quraisy yang membawa bekalan makanan untuk kami dengan sebekas kurma dan tiada bekalan untuk kami selainnya. Abu Ubaidah hanya memberikan kepada kami sebiji kurma seorang. Aku bertanya: Bagaimana kamu semua buat? Beliau menjawab: Kami menghisapnya seperti seorang bayi kemudian meminum air, ia cukup untuk hari tersebut hingga ke malamnya. Selebihnya kami terpaksa mencari daun kayu dengan menggunakan tongkat kami. Daun tersebut kami basahi atau kami campur dengan air lalu kami memakannya, kemudian kami menuju ke tepi laut. Di pantai tersebut kami melihat seperti setompok pasir yang agak besar. Apabila kami mendekatinya kami dapati ianya seekor binatang yang dinamakan Anbar (ikan panjang dan berkepala lebar atau ikan paus). Beliau (Perawi) berkata: Abu Ubaidah mengatakan ianya sudah menjadi bangkai. Kemudian beliau berkata: Tidak, kita adalah utusan Rasulullah s.a.w yang sedang berada di jalan Allah, kerana terpaksa kamu boleh memakannya. Beliau menambah: Kami mengambil masa selama sebulan dengan jumlah kami kesemuanya tiga ratus orang sehingga kami menjadi gemuk. Beliau menambah lagi: Aku mencadangkan agar kami mencedok minyak dengan menebuk matanya menggunakan satu pembuluh besar dan kami memotong dagingnya seperti lembu atau seperti daging lembu. Abu Ubaidah telah memerintahkan tiga belas orang di antara kami untuk menebuk mata dan dia telah mengambil salah satu daripada tulang rusuknya, maka merekapun melakukannya kemudian membawanya dengan unta yang paling besar yang ada pada kami dengan menanggungnya. Lalu kami membawa bekalan daging dan memasakkannya separuh masak. Manakala kami tiba di Madinah, kami menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan pengalaman tersebut kepada baginda. Baginda bersabda: Itu adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepadamu. Adakah kamu masih mempunyai sebahagian dagingnya untuk kami makan? Lalu kami mengirimkan daging ikan tersebut kepada Rasulullah s.a.w dan baginda pun memakannya.info
webmaster@mymasjid.net.my