Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Sesiapa Yang Berjuang Untuk Menegakkan Kalimat Allah Maka Dia Berada Di Jalan Allah
    Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a: Sesungguhnya seorang lelaki desa iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang demi menegakkan kalimat Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.info
webmaster@mymasjid.net.my