Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Ketetapan Syurga Terhadap Orang Yang Mati Syahid
    Hadis Jabir r.a katanya: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sekiranya aku terbunuh di manakah aku akan di tempatkan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Di dalam Syurga. Kemudian lelaki tersebut melontar beberapa biji kurma yang berada di tangannya, lalu beliau terus berjuang sehingga beliau mati syahid dan di dalam Hadis Suwaid lelaki tersebut berkata kepada Rasulullah s.a.w pada Hari peperangan Uhud.info
    Hadis Al-Bara' r.a katanya: Seorang lelaki dari Bani Nabit dari golongan Ansar datang kepada Nabi s.a.w lalu mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya anda (baginda) adalah hamba dan utusan-Nya. Kemudian beliau ikut berperang sehinggalah beliau terbunuh. Nabi s.a.w bersabda: Amalan lelaki ini tidak seberapa, tetapi pahalanya sungguh besar dan banyak.info
    Hadis Anas r.a katanya: Bapa saudaraku yang bernama Anas bin An-Nadhr tidak termasuk dalam golongan mereka yang turut berperang dalam peperangan Badar bersama dengan Rasulullah s.a.w. Beliau dengan nada menyesal berkata: Pemandangan yang pertama dilihat oleh Rasulullah ialah ketiadaannya. Sekiranya Allah memperlihatkan sesuatu kepadaku selepas itu bersama dengan Rasulullah nescaya apa yang aku lakukan dilihat-Nya. Disebabkan dari penyesalan itulah, maka pada peperangan Uhud bapa saudaraku turut berperang bersama dengan Rasulullah s.a.w. Anas berkata: Lalu Saad bin Muaz datang untuk berjumpanya dan Anas bertanya: Wahai Abu Amru! Di mana bapa saudaramu? Aku menjawab bahawa beliau sedang mengejar bau Syurga yang akan diperolehinya di Bukit Uhud ketika berperang melawan pasukan Musyrikin dan akhirnya bapa saudaraku gugur syahid. Pada tubuhnya terdapat lebih dari lapan puluh kesan luka bekas terkena senjata tombak, panah dan sebagainya. Saudara kandung perempuan bapa saudaraku iaitu Ar-Rubai' binti Nadhir, beliau adalah emak saudaraku berkata: Aku tidak mengenali saudaraku ini kecuali perut-perut jarinya. Kemudian turun ayat berikut: رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا Yang bermaksud: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang tertunggu-tunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya. Menurut mereka, ayat ini turun mengenai peristiwa tersebut.info
webmaster@mymasjid.net.my