Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Digalakkan Berikrar Setia Dengan Pemimpin Ketika Hendak Berperang Dan Menerangkan Kisah Perjanjian Riduan Di Bawah Sepohon Pokok
    Hadis Jabir r.a katanya: Ketika peperangan Hudaibiah bilangan kami seramai satu ribu empat ratus orang, kami telah membuat perjanjian taat setia dengan Rasulullah s.a.w. Umar telah mengambil tangannya (berjanji) di bawah sepohon pokok yang bernama Samurah. Jabir berkata lagi: Kami tidak berjanji setia dengan Rasulullah untuk mati tetapi untuk tidak lari dari medan pertempuran.info
    Hadis Musayyab bin Hazni r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Al-Musayyab katanya: Ayahku merupakan salah seorang di antara orang yang berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w di bawah sepohon pokok. Beliau menyambung lagi, tahun berikutnya kami telah pergi mengerjakan Haji, tetapi kami sudah tidak mengenali tempat perjanjian tersebut, sekiranya pokok itu ada nescaya kamu akan mengenalinya.info
    Hadis Salamah r.a: Diriwayatkan daripada Yazid bin Abu Ubaid katanya: Aku telah bertanya Salamah: Untuk apakah kamu berikrar setia bersama Rasulullah s.a.w pada hari perjanjian Hudaibiah? Salamah menjawab: Untuk mati.info
    Hadis Abdullah bin Zaid r.a: Diriwayatkan daripada Abbad bin Tamim r.a katanya: Bahawa seorang telah datang menemui Abdullah bin Zaid r.a dan berkata: Itulah dia Ibnu Hanzalah yang telah berjanji setia dengan manusia. Abdullah bin Zaid bertanya: Untuk apa? Orang itu menjawab: Untuk mati. Abdullah bin Zaib berkata: Aku tidak akan berjanji setia untuk mati dengan sesiapa pun selepas daripada Rasulullah s.a.w.info
webmaster@mymasjid.net.my