Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Wajib Bersetuju Dengan Pelantikan Khalifah Yang Pertama Dilantik Dan Yang Seterusnya
    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Segala urusan pengikut Bani Israel akan diatur oleh para Nabi. Apabila seseorang Nabi itu meninggal dunia, dia akan digantikan oleh seorang Nabi yang lain. Tetapi sesungguhnya tidak akan ada Nabi selepasku. Pada suatu ketika nanti akan muncul Khalifah. Para sahabat bertanya: Apakah yang anda perintahkan kepada kami? Nabi s.a.w menjawab: Patuhilah pelantikan khalifah yang pertama, kemudian yang seterusnya. Penuhilah hak-hak mereka, sesungguhnya Allah akan menanyakan tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sepeninggalanku nanti akan muncul pemimpin-pemimpin yang kamu tidak sukai. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah yang anda akan perintahkan sekiranya perkara itu terjadi kepada kami? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Penuhilah kewajipan yang telah diberikan kepada kamu dan pohonlah hak kamu kepada Allah.info
webmaster@mymasjid.net.my