Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Kelebihan Pemimpin Yang Adil, Ancaman Terhadap Pemimpin Yang Zalim, Anjuran Supaya Berlemah Lembut Terhadap Rakyat Dan Larangan Menyusahkan Mereka
    Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.info
webmaster@mymasjid.net.my