Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Imarah Iaitu Kepimpinan > Bab Memohon Jawatan Khalifah Dan Membiarkannya
    Hadis Umar r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Umar telah ditanya: Mengapa anda tidak memohon jawatan Khalifah? Ayahku menjawab: Sekiranya aku meminta untuk menjadi khalifah nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Abu Bakar telah melakukannya. Tapi jika aku membiarkan urusan pemerintahan ini kepada mu nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Rasulullah s.a.w telah meninggalkan urusan pemerintahannya kepadamu. Menurut Abdullah lagi: Aku telah mengetahui bahawa Umar tidak meminta untuk menjadi khalifah ketika beliau menyebut nama Rasulullah s.a.w.info
webmaster@mymasjid.net.my