Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Peperangan Zi Qardi Dan Selainnya
    Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Sebelum azan Subuh dilaungkan aku telah keluar dari rumahku, manakala unta Rasulullah s.a.w yang sedang mengandung masih dipelihara di Zi Qardi. Di pertengahan jalan aku telah bertemu dengan seorang budak yang bernama Abdul Rahman bin Auf, dia telah menceritakan kepada ku bahawa unta Rasulullah s.a.w yang sedang mengandung itu telah diperah susunya (diambil orang). Maka aku berkata: Siapa yang melakukannya. Lalu dia menjawab: Bani Ghatfan. Menurut katanya (Salamah) lagi: Aku telah berteriak sebanyak tiga kali mudah-mudahan suaraku didengar oleh seluruh penduduk Madinah. Kemudian aku berkejar untuk mendapatkan mereka akhirnya aku mendapati mereka berada di daerah Zi Qardi berhenti untuk mengambil air, lalu aku memanah mereka sambil berkata kepada diriku sendiri: أَنَا ابْنُ الْأَكْوَعِ وَالْيَوْمُ يَوْمُ الرُّضَّعِ Yang bermaksud: Aku adalah putera Al-Akwa' Dan hari ini adalah hari celaka. Setelah itu aku berkata kepada mereka dengan kata-kataku tadi dan akhirnya aku berjaya merampas kembali unta tersebut daripada mereka dan juga tiga puluh bekas air. Setelah itu datanglah Nabi s.a.w bersama orang ramai, maka akupun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berjaya menghalang mereka dari mendapatkan air. Sememangnya mereka sedang kehausan, jadi sekarang terserahlah kepada engkau. Setelah itu baginda pun berkata: Wahai Ibnu Al-Akwa'! Walaupun kamu telah berjaya mengatasi musuh, tetapi berlembutlah terhadap mereka. Menurut katanya lagi: Aku telah dipelawa oleh Rasulullah s.a.w menunggang untanya sehingga kami tiba di Madinah.info
webmaster@mymasjid.net.my