Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Membuang Berhala Di Sekitar Kaabah
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w memasuki Mekah terdapat sebanyak tiga ratus enam puluh buah berhala di persekitaran Kaabah. Lalu Nabi s.a.w meruntuhkannya dengan menggunakan tongkat yang berada di tangannya seraya bersabda: جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Yang bermaksud: Telah datang kebenaran dan musnahlah kebatilan kerana sesungguhnya kebatilan itu, adalah sesuatu yang pasti musnah. جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ Yang bermaksud: Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan bermula dan tidak akan berulang. Ibnu Abu Umar menambah: Peristiwa itu terjadi pada masa pembukaan Kota Mekah.info
webmaster@mymasjid.net.my