Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Sabda Nabi S.a.w: Jangan Diwarisi Harta Peninggalanku Kerana Ia Adalah Sedekah
    Hadis Aisyah r.a: Ketika Rasulullah s.a.w wafat, isteri-isteri Rasulullah s.a.w mengutus Othman bin Affan menemui Abu Bakar untuk bertanyakan bahagian mereka dalam warisan peninggalan Nabi s.a.w. Lalu Aisyah berkata kepada mereka: Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Peninggalanku tidak boleh diwarisi, ia adalah sedekah.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Harta warisanku tidak boleh dibahagikan walaupun sebanyak satu dinar. Harta yang aku tinggalkan itu, adalah untuk nafkah (belanja) isteri-isteriku dan untuk mengupah para pekerjaku, selebihnya itu adalah merupakan sedekah.info
webmaster@mymasjid.net.my