Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Hukum Al Fai' Iaitu Harta Rampasan Perang
    Hadis Umar r.a katanya: Harta benda Bani Nadhir adalah termasuk daripada pemberian Allah kepada Rasul-Nya, iaitu hasil rampasan orang-orang Islam yang didapati tanpa berperang. Harta rampasan tersebut adalah khusus kepada Nabi s.a.w untuk menafkahkan isteri-isterinya (keluarga baginda) selama satu tahun. Selebihnya dibelanjakan untuk membeli kelengkapan perang dan senjata untuk digunakan pada jalan Allah.info
webmaster@mymasjid.net.my