Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Makruh Meminta Untuk Bertemu Dengan Musuh Dan Perintah Supaya Bersabar Ketika Bertemu Dengannya
    Hadis Abdullah bin Abi Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Abu An-Nadhri tentang surat seorang lelaki yang berasal dari Aslam dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w. Lelaki tersebut bergelah Abdullah bin Abi Aufa. Kemudian dia mengutuskan surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika dia berangkat pergi kepada kaum Harurriyah (salah satu golongan Khawarij) yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w ketika bertemu dengan musuh, baginda akan menunggu sehingga matahari condong ke arah barat. Kemudian baginda bangkit lalu bersabda: Wahai sekalian manusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kesejahteraan kepada Allah. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnya Syurga itu berada di bawah libasan pedang kamu. Selanjutnya Nabi s.a.w bangkit dan berdoa: Ya Allah! Engkaulah Yang menurunkan kitab dan Yang menggerakkan awan dan Yang mengalahkan pasukan yang bersekutu, hancurkanlah mereka dan berikanlah kemenangan kepada kami.info
webmaster@mymasjid.net.my