Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Aqdiah Iaitu Keputusan Pengadilan > Bab Sunat Bagi Seorang Hakim Mendamaikan Dua Orang Yang Berkelahi
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki telah membeli tanah dari seorang lelaki lain. Tiba-tiba orang yang membeli tanah itu telah menemui di dalam tanahnya bekas yang mengandungi emas. Orang yang membeli tanah itu berkata kepada orang yang menjual tanah itu, ambillah emasmu ini dariku, kerana aku hanya membeli tanah sahaja dan aku tidak membeli emas darimu. Orang yang menjual tanah itu berkata, yang aku jualkan kepadamu adalah tanah dan semua barang yang terdapat di dalamnya. Lalu mereka berdua meminta pengadilan daripada seorang lelaki, maka lelaki yang diminta menjadi hakim itu bertanya, adakah kamu berdua mempunyai anak? Lalu salah seorang dari keduanya menjawab, Ya, aku mempunyai seorang hamba lelaki. Kemudian yang seorang lagi berkata: Aku mempunyai seorang hamba perempuan. Maka orang yang diminta memberi pengadilan itu berkata, kahwinkanlah mereka berdua, kemudian belanjakanlah untuk kepentingan diri mereka berdua dari emas tersebut dan bersedekahlah kamu berdua.info
webmaster@mymasjid.net.my