Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Aqdiah Iaitu Keputusan Pengadilan > Bab Menerangkan Perbezaan Pendapat Orang Yang Berijtihad
    Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Ketika dua orang wanita sedang bersama dengan anak mereka masing-masing, tiba-tiba datang seekor serigala lalu membawa anak salah seorang di antara mereka. Seorang di antara mereka berkata kepada yang seorang lagi, bahawa yang dibawa oleh serigala itu adalah anakmu. Yang seorang lagi mengatakan tidak, anakmulah yang telah dibawa itu. Lalu mereka berdua meminta pengadilan daripada Nabi Daud a.s, maka Nabi Daud telah memutuskan ke atas yang lebih tua, kemudian kedua-duanya pergi menghadap Nabi Sulaiman bin Daud a.s lalu menceritakan perkara yang telah berlaku, maka Nabi Sulaiman pun berkata, Ambilkan pisau, aku akan membahagikan anak ini untuk kamu berdua. Kemudian berkata yang lebih muda, kamu tidak akan dirahmati oleh Allah, dia adalah anaknya, maka hukuman pun dijatuhkan ke atas yang lebih muda itu.info
webmaster@mymasjid.net.my