Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Bersuci > Bab Beristinjak Dengan Menggunakan Air
    Hadis Anas bin Malik r.a: Suatu ketika Rasulullah s.a.w masuk ke sebuah kebun. Baginda diekori oleh seorang kanak-kanak yang membawa bekas air bersamanya. Dia adalah seorang sahabat yang termuda di kalangan kami. Bekas air tersebut diletakkan berhampiran dengan pokok bidara. Setelah Rasulullah s.a.w selesai membuang air besar, baginda pun keluar menemui kami setelah beristinjak dengan menggunakan air tersebut.info
webmaster@mymasjid.net.my