Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Bersuci > Bab Galakan Ketika Melakukan Amalan
    Hadis Abu Ayyub Al-Ansariy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin membuang air besar, kamu janganlah menghadap kiblat. Begitu juga janganlah kamu membelakanginya sewaktu kencing atau membuang air besar. Sebaliknya menghadaplah ke timur atau ke barat.info
    Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Seseorang berkata: Apabila kamu duduk untuk membuang air besar, pastikan kamu tidak menghadap ke arah kiblat dan tidak menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Abdullah berkata: Aku pernah naik ke atas bumbung rumah dan terlihat Rasulullah s.a.w duduk di atas dua biji batu dengan menghadap ke Baitulmuqaddis untuk membuang air besar.info
webmaster@mymasjid.net.my