Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Bersuci > Bab Wajib Membasuh Kedua Kaki Dengan Sempurna
    Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu mendapat azab Neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api Neraka.info
webmaster@mymasjid.net.my