Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Qasamah, Pencerobohan, Qisas Dan Diat > Bab Orang Yang Menyerang Seseorang Tetapi Orang Yang Diserang Mempertahankan Dirinya. Sekiranya Dia Tercedera Maka Tidak Ada Jaminan Ke Atas Dirinya
    Hadis Imran bin Hussain r.a katanya: Ya'la bin Munyat atau Ibnu Umayyah telah bertengkar dengan seorang lelaki, salah seorang darinya telah menggigit yang lainnya. Lalu yang digigit itu menarik tangannya dari mulut orang yang menggigit itu, sehingga tercabut gigi hadapan orang yang menggigit tadi, iaitu Ibnu Muthanna. Lalu kedua-duanya mengadukan hal itu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Apakah salah seorang dari kamu menggigit seperti binatang jantan yang menggigit? Jika itu yang terjadi, maka tidak ada diat ke atasnya.info
webmaster@mymasjid.net.my