Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Qasamah, Pencerobohan, Qisas Dan Diat > Bab Ketetapan Membunuh Secara Qisas Itu Harus Dengan Menggunakan Batu Dan Benda Benda Lainnya Serta Mengenai Seorang Lelaki Yang Membunuh Wanita
    Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya seorang Yahudi telah memukul seorang hamba perempuan untuk merampas perhiasan yang dipakainya. Orang Yahudi itu memukulnya dengan seketul batu. Dalam keadaan yang sangat lemah hamba perempuan tersebut dibawa menghadap Rasulullah s.a.w, baginda bertanya kepadanya: Apakah si anu yang memukulmu? Hamba perempuan itu mengisyaratkan dengan kepalanya: Tidak! Baginda bertanya lagi kepadanya: Sekali lagi dia mengisyaratkan dengan kepalanya bahawa bukan si anu itu yang memukulnya. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi buat kali ketiga lalu dia menjawab: Ya! Dengan isyarat kepalanya. Kemudian Rasulullah s.a.w memukul orang Yahudi tersebut dengan dua ketul batu.info
webmaster@mymasjid.net.my