Indeks Kitab
    Hadis Rafi' bin Khadij dan Sahl bin Abu Hathmah r.a kedua-duanya berkata: Abdullah bin Sahl bin Zaid dan Muhayyisah bin Mas'ud bin Zaid telah keluar untuk berperang di medan Khaibar lalu kedua-duanya berpisah. Kemudian Muhayyisah mendapati Abdullah bin Sahl terbunuh. Setelah menanam jenazahnya, Muhayyisah dengan ditemani oleh kedua orang adiknya yang bernama Huwayyisah bin Mas'ud dan Abdul Rahman bin Sahl datang menghadap Rasulullah s.a.w. Abdul Rahman bin Sahl yang merupakan saudara paling kecil, ingin berbicara mendahului kedua orang abangnya. Tetapi Rasulullah s.a.w memperingatkannya: Yang tua sahaja. Abdul Rahman terdiam buat seketika. Akhirnya Muhayyisah dan Huwayyisah lah yang bercerita dan diikuti oleh Abdul Rahman. Mereka menceritakan kepada Rasulullah s.a.w mengenai peristiwa terbunuhnya Abdullah bin Sahl. Rasulullah s.a.w bertanya kepada mereka: Apakah kamu mahu bersumpah sebanyak lima puluh kali untuk memastikan tuduhan ke atas sahabat kamu? Mereka menjawab, bagaimana kami harus bersumpah sedangkan kami tidak menyaksikan peristiwanya itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu golongan Yahudi akan terbebas dari tuntutan kamu kerana mereka akan bersumpah sebanyak lima puluh kali. Mereka merasa keberatan: Bagaimana kami mahu menerima sumpah orang-orang kafir? Maka apabila Rasulullah s.a.w melihat keadaan tersebut lalu Baginda s.a.w membayar diyatnya.info
webmaster@mymasjid.net.my