Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang hamba yang setia kepada tuannya dan menjalankan ibadat kepada Allah dengan baik, maka baginya pahala dua kali ganda.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Bagi seorang hamba yang setia akan mendapat dua pahala.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Alangkah bahagianya seorang hamba yang ketika menjelang kematiannya dia selalu memperbaiki ibadatnya kepada Allah dan selalu setia kepada tuannya. Alangkah bahagianya dia!.
