Hadis Anas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat seorang tua yang dipapah oleh kedua orang anaknya. Maka Baginda bertanya: Mengapa dia? Orang ramai menjawab, dia bernazar untuk berjalan. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mahu orang ini menyeksa dirinya sendiri. Kemudian Baginda menyuruhnya supaya menaiki kenderaan.
Hadis Uqbah bin Amir r.a katanya: Saudara perempuanku telah bernazar ingin berjalan ke Baitullah tanpa memakai alas kaki. Maka dia menyuruhku agar aku meminta fatwa daripada Rasulullah s.a.w untuknya, maka akupun meminta fatwa untuknya, lalu Baginda bersabda: Hendaklah dia berjalan dan berkenderaan.
