Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Hibah Iaitu Pemberian > Bab Makruh Membeli Sesuatu Yang Telah Disedekahkannya Daripada Orang Yang Diberinya Sedekah Itu
    Hadis Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Aku telah sedekahkan kuda yang baik kepada orang yang menunggangnya dalam peperangan fi sabilillah kemudian orang itu mempersia-siakannya sehingga aku menyangka bahawa dia akan menjualnya dengan harga yang murah. Maka hal itu aku tanyakan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: Janganlah membelinya dan jangan pula kamu ambil semula sedekahmu itu kerana orang yang menarik balik sedekahnya itu seperti seekor anjing yang menjilat muntahannya.info
webmaster@mymasjid.net.my