Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Ada seorang lelaki yang mempunyai hak pada Rasulullah s.a.w bercakap kasar dengan baginda, sehingga para sahabat Nabi s.a.w merasa susah hati. Maka Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya pemilik hak itu boleh berkata apa saja. Baginda bersabda: Belikanlah seekor unta lalu berikanlah kepadanya. Lalu mereka berkata: Kami tidak mendapatkan apa-apa kecuali unta yang lebih baik dari pada untanya. Baginda bersabda lagi: Belilah dan berikanlah kepadanya kerana sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu atau orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik ketika membayar hutang.info