Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membunuh anjing.
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain dari anjing untuk menjaga ternakan dan anjing untuk berburu, maka setiap hari pahala amalannya dikurangkan sebanyak dua qirat (kinayah iaitu ibarat bagi ganjaran pahala yang sangat besar).
Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain dari untuk berburu atau menjaga ternakan dan ladang, maka setiap hari pahala amalannya akan berkurang sebanyak dua qirat.
Hadis Sufian bin Abu Zuhair r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahala amalannya akan berkurang sebanyak satu qirat.
