Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jual Beli > Bab Galakan Memaafkan Hutang
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mendengar orang bertengkar di pintu dengan suara yang tinggi. Tiba-tiba salah seorang dari mereka meminta kepada yang seorang lagi agar memaafkan sebahagian dari hutangnya dan bersikap lemah lembut. Tetapi beliau menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan memaafkan kamu. Lalu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Siapakah yang sungguh-sungguh bersumpah demi Allah tidak akan berbuat kebaikan? Orang itu berkata: Saya, wahai Rasulullah! Tetapi sekarang dia boleh memilih mana yang dia suka (antara melepaskan sebahagian dari hutang atau bersikap lemah lembut).info
    Hadis Kaab bin Malik r.a: Bahawa pada masa Rasulullah s.a.w, ayahnya pernah menagih hutang kepada Ibnu Abi Hadrad di masjid dengan suara mereka yang tinggi sehingga Rasulullah s.a.w yang berada di rumah mendengarnya. Maka baginda keluar menuju ke arah mereka dan menyingkapkan tirai bilik lalu memanggil Kaab bin Malik: Wahai Kaab! Kaab menjawab: Saya, wahai Rasulullah! Kemudian baginda mengisyaratkan supaya Kaab memaafkan sebahagian dari hutangnya. Kaab berkata: Baiklah, wahai Rasulullah! Baginda bersabda kepada Ibnu Abu Hadrad: Bangunlah dan bayarlah.info
webmaster@mymasjid.net.my