Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jual Beli > Bab Haram Menjual Buah Kurma Basah Dengan Buah Kurma Kering Kecuali Dalam Araaya Iaitu Buah Kurma Yang Hampir Masak
    Hadis Zaid bin Thabit r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi keringanan kepada pemilik kurma basah untuk menjualnya dengan kiraan kurma kering.info
    Hadis Sahl bin Abi Hathmah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang penjualan kurma dibayar dengan kurma, baginda bersabda: Itu adalah riba, iaitu Muzabanah, jual beli yang tidak jelas. Baginda hanya memberi keringanan dalam penjualan secara Ariyyah iaitu satu atau dua pokok kurma diambil oleh satu keluarga dengan kiraan kurma kering dan mereka makan buah yang separuh masak.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memberi keringanan dalam jual beli Araaya dengan cara ditaksir jika kurang dari lima wasaq atau dalam lima wasaq. Iaitu lebih kurang 60 cupak.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang muzabanah. Muzabanah ialah menjual kurma basah dibayar dengan kurma kering secara timbangan dan menjual anggur segar dibayar dengan anggur kering secara timbangan.info
webmaster@mymasjid.net.my