Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang dari menjual buah-buahan sehinggalah betul-betul masak. Larangan itu ditujukan kepada penjual dan pembeli.
Hadis Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah melarang kami daripada menjual buah-buahan sebelum buah tersebut masak.
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang menjual buah kurma yang belum masak, sehingga ia boleh dimakan atau boleh ditimbang. Aku bertanya: Apakah ertinya boleh ditimbang itu? Seorang lelaki yang berada di sisinya menjawab: Sehingga boleh dikira.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Janganlah kamu membeli buah-buahan sehingga betul-betul masak iaitu boleh dimakan.
