Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jual Beli > Bab Hukum Menjual Binatang Ternakan Yang Dibiarkan Beberapa Hari Dengan Tidak Memerah Susunya Supaya Pembeli Menyangka Bahawa Ternakan Itu Mempunyai Susu Yang Banyak
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa membeli kambing yang dibiarkan dengan tidak diperah susunya hendaklah membawanya kembali dan memerah susunya. Sekiranya beliau redha dengan keadaan air susunya maka ambillah kambing itu, sekiranya dia tidak redha, dia boleh mengembalikannya dengan disertai segantang buah kurma.info
webmaster@mymasjid.net.my