Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang menahan barang dagangan sebelum tiba di pasaran. Ini adalah lafaz dari Ibnu Numair. Sedangkan menurut perawi yang lain, sesungguhnya Nabi s.a.w melarang pembelian barang dagangan sebelum dipasarkan.
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda melarang menahan pembelian barang-barang dagangan.
