Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah memperkatakan mengenai seorang hamba yang dimiliki oleh dua orang tuannya, lalu seorang di antara mereka hendak memerdekakan hamba tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia mesti membayar kerugian kepada kongsinya itu.
