Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Iman > Bab Sesiapa Yang Mati Dalam Keadaan Tidak Mensyirikkan Allah, Akan Masuk Syurga Dan Sesiapa Yang Mati Dalam Keadaan Mensyirikkan Allah Akan Masuk Neraka
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya akan memasuki Neraka. Maka aku berkata iaitu perawi Hadis: Aku dan orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, akan memasuki Syurga.info
    Hadis Abu Zar r.a: Nabi s.a.w bersabda: Jibril a.s telah datang berjumpa aku lalu memberitahu berita gembira, iaitu sesiapa yang mati di kalangan umatku dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan mencuri? Rasulullah bersabda: Walaupun dia berzina dan mencuri.info
webmaster@mymasjid.net.my