Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Iman > Bab Keadaan Iman Seorang Yang Tidak Mengakui Ayahnya Sedangkan Dia Mengetahuinya
    Hadis Abu Zar r.a: Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang mengaku keturunannya selain dari ayahnya, padahal dia mengetahuinya, pastilah dia kafir iaitu mengingkari nikmat dan kebaikan, tidak memenuhi hak Allah dan hak ayahnya. Sesiapa mengaku sesuatu yang bukan menjadi miliknya, maka dia tidak tergolong dari golongan kami dan hendaknya dia mempersiapkan tempatnya di Neraka. Sesiapa memanggil seseorang dengan kafir atau menyatakan musuh Allah, padahal sebenarnya tidak demikian, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa membenci ayahnya bererti dia kafir.info
    Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Kedua telingaku mendengar daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda: Sesiapa mengaku ayah semasa Islam selain dari ayahnya, sedangkan dia tahu bahawa itu bukanlah ayahnya, maka diharamkan kepadanya memasuki Syurga.info
webmaster@mymasjid.net.my