Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Persusuan > Bab Harus Seorang Isteri Memberi Giliran Kepada Madunya
    Hadis Aisyah r.a katanya: Wanita yang paling aku senangi adalah Saudah bin Zam'ah dan aku ingin jika dapat menjadi seperti dia. Dia adalah seorang wanita yang tajam fikirannya. Setelah Saudah tua gilirannya daripada Rasulullah s.a.w diserahkan kepada Aisyah. Saudah berkata: Wahai Rasulullah! Aku berikan giliranku sehari kepada Aisyah. Jadi Rasulullah s.a.w membahagikan giliran kepada Aisyah dua hari, sehari gilirannya sendiri dan sehari lagi giliran pemberian Saudah.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Sebenarnya aku merasa cemburu kepada wanita-wanita yang menyerahkan diri mereka untuk dijadikan isteri oleh Rasulullah s.a.w. Kataku: Wanita datang sendiri menawarkan diri masing-masing? Setelah turunnya ayat Al-Quran: تُرْجِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُنَّ وَتؤُوِي إِلَيْكَ مَنْ تَشَاءُ وَمَنِ ابْتَغَيْتَ مِمَّنْ عَزَلْتَ Yang bermaksud: Terserah kepadamu wahai Muhammad untuk memilih atau menolak wanita-wanita yang telah menyerahkan diri kepadamu. Maka aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: Demi Allah! Aku tahu bahawa Allah selalu menyegerakan segala keinginanmu.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Ata' r.a katanya: Aku pernah menghadiri jenazah Maimunah isteri Nabi s.a.w bersama Ibnu Abbas di daerah Sarif. Ibnu Abbas berkata: Ini adalah jenazah isteri Nabi s.a.w. Apabila kamu mengangkat kerandanya, maka janganlah kamu menggoncang-goncangkannya. Iringilah jenazah itu dengan berhati-hati. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memiliki sembilan orang isteri. Baginda selalu bergilir yang lapan kecuali satu.info
webmaster@mymasjid.net.my