Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Persusuan > Bab Anak Berdasarkan Tempat Tidur Dan Jauhilah Syubahat
    Hadis Aisyah r.a katanya: Berlaku perselisihan antara Saad bin Abi Waqqas dengan Abdul bin Zam'ah mengenai seorang anak. Saad Berkata: Wahai Rasulullah! Ini adalah anak saudaraku, Utbah bin Abi Waqqas. Jadi dia adalah anak saudaraku menurut pengakuan saudaraku itu, ini puteranya. Lihat wajah anak ini mirip dengannya. Abdul bin Zam'ah menyangkal dan mengatakan: Ini adalah saudaraku, wahai Rasulullah. Dia dilahirkan atas tempat tidur ayahku dengan hamba perempuannya. Rasulullah s.a.w memperhatikan anak itu sejenak dan memang anak itu mirip kepada Utbah, kemudian baginda bersabda: Dia adalah untukmu wahai Abdul. Anak adalah berdasarkan kepada tempat tidur dan orang yang berzina hanya mendapat kecelakaan. Pakailah hijab darinya, wahai Saudah binti Zam'ah.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Anak adalah berdasarkan kepada tempat tidur, dan bagi orang yang berzina itu akan mendapat kecelakaan.info
webmaster@mymasjid.net.my