Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Persusuan > Bab Penyusuan Adalah Kerana Dahaga Atau Lapar
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Masruq r.a katanya: Aisyah berkata: Suatu hari Rasulullah s.a.w datang menemuiku, sedangkan ketika itu ada seorang lelaki sedang duduk di sisiku. Tentu saja dia merasa serba salah. Rasulullah s.a.w kelihatan tidak senang hati terhadap aku. Aku menjelaskan: Wahai Rasulullah! Ini adalah saudara sepersusuanku. Baginda lalu bersabda: Cuba kamu lihat dulu saudara-saudara perempuan sepersusuanmu! Sesungguhnya persusuan yang dianggap sah dan dibenarkan ialah anak yang disusu masih kecil dan susu yang diberikan dapat membantu menghilangkan dahaga dan lapar.info
webmaster@mymasjid.net.my