Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Persusuan > Bab Haram Menikahi Anak Tiri Dan Saudara Perempuan Isteri
    Hadis Ummu Habibah binti Abu Sufian r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w menemuiku, aku bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Adakah anda berminat terhadap saudara perempuanku, iaitu puteri Abu Sufian? Rasulullah s.a.w bertanya dengan bersabda: Maksudmu apa yang harus aku lakukan? Aku menjawab: Berkahwin dengannya. Rasulullah s.a.w bertanya: Benarkah kamu inginkan begitu? Aku menjawab: Saya tidak akan membenarkan anda tanpa bermadu dan saya ingin orang yang menjadi madu saya dalam soal kebajikan ialah saudara saya tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda: Tetapi sayangnya saudara perempuanmu itu tidak halal bagiku. Aku berkata kepada baginda: Aku diberitahu bahawa anda akan melamar Durrah binti Abu Salamah? Baginda bertanya kembali: Puteri Ummu Salamah? Aku menjawab: Ya! Baginda bersabda: Andainya Durrah bukan anak tiri yang dalam peliharaanku, dia tetap tidak halal untukku kerana dia adalah anak saudara sepersusuanku. Aku dan Abu Salamah disusukan oleh Suwaibah. Maka janganlah kamu menawarkan anak-anak dan saudara perempuanmu.info
webmaster@mymasjid.net.my