Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Disunatkan Sentiasa Membaca Talbiah Bagi Orang Yang Mengerjakan Haji Sehinggalah Tiba Waktu Melontar Di Jamratul Aqabah Pada Hari Raya Korban
    Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Aku mengekori Rasulullah s.a.w bermula dari Arafah. Ketika sampai di suatu lereng bukit berhampiran dengan Muzdalifah, baginda berhenti lalu membuang air kecil. Kemudian aku tuangkan air untuk baginda berwuduk. Baginda berwuduk dengan ringkas. Aku bertanya: Kamu ingin sembahyangkah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Di hadapan nanti, kemudian baginda menaiki tunggangannya. Sebaik sahaja tiba di Muzdalifah baginda sembahyang. Keesokan paginya, giliran Al-Fadhli pula mengekori Rasulullah s.a.w ke Jam'an.info
    Hadis Abdullah bin Abbas r.a: Rasulullah s.a.w berterusan membaca talbiah sehingga baginda melontar di Jamrah.info
webmaster@mymasjid.net.my